THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 28, 2009

Adik-adik...

Mari kita mengenal nombor jawi..
1 hingga 5



Thursday, February 5, 2009

Mari mendengar cerita
Ali and the magic carpet

Monday, February 2, 2009

MENGENAL ALPHABET

Adik-adik..
mari kita belajar menyebut sambil bermain dengan

huruf alphabet...

Thursday, January 22, 2009

Mari mewarna ikan....















Monday, January 19, 2009

BERJALAN-JALAN KE ZOO

Jom berjalan-jalan ke zoo...

Adik-adik pernah tak lihat haiwan-haiwan dalam gambar di bawah?

Mari kita eja nama haiwan-haiwan tersebut...




T t
Tapir







S s
Singa








I i
Itik








G g
Gajah






R r

Rusa

Sunday, January 18, 2009

MONOLOG CANTIK DENGAN IBU:Buat Puteriku Sayang


AKU: Anehkah cantik yang ingin ku miliki?Biarlah tak punya muka sebujur sirih,
pipi juga bukan pauh dilayang, dagu bukan lebah tergantung,
hidung pun tak mancung bagaikan seludang, mata tidak mengerdip bagaikan bintang timur,
bibir juga tidak seperti delima merekah, kening juga tidak seumpama semut beratur,
rambut pun tidak mayang mengurai, jari-jemari tidak seperti buluh diraur,
kulit juga tak semulus kulit telur dikupas dan betis pun tak seperti si padi yang bunting…

IBU: Alhamdulillah anakku, akhirnya kau tahu apa yang kamu mahu. Kerana sanggup menepuk iman di dada untuk bertanya kemahuan selera.
Tidak rugi jika bukan itu yang kau mahu. Kerana kehidupan ini adalah jalinan murni kecantikan yang hakiki. Yang indah itu amalan agamamu dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi. Serikan wajahmu dengan siraman air sembahyang lima waktu dalam munajat yang tak kunjung henti. Hiruplah nafas kehidupanmu dalam pancaran hidung kurniaan Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi.
Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam kerana itulah sedekah paling utama, pancarkan sinar indah dari kedua matamu betapa agungnya alam ciptaan Ilahi sambil menjengah besarnya kurniaan ini buatmu…
Kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi. Sebarkan pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir sambil menyampaikan yang indah dan elok untuk dicerna fikiran zuriatmu.
Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu bukan untuk dipertontonkan di khalayak ramai kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk kaum Hawa.

Mengertilah wahai puteriku sayang,
Menghurai cantik yang hakiki tidak semudah menghurai simpulan tali
Kerana ia bermula dari untaian cinta dan takwa kepada penciptamu Yang Maha Mengerti!

Wednesday, January 14, 2009

PERMATA AYAH BONDA




Mewangi kuntuman bahagia, Di halaman ayah serta bonda, Menatang selaut cahaya, Melerai resah dan gundah di jiwa, Segunung impian dicita, Selangit harapan di damba, Dibelai dimanja mesra, Kaulah racun kau penawar, Senyuman dan tangisanmu, Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata, Diperlubukkan kasih nan bersinar bercahaya, Hiasi rumahtangga, Engkau harapan seisi keluarga, Panjatan doa dan aimata,Yang pasrah kepada Yang Esa, Kepadamu tercurah, Kasih sayang dan pengorbanan, Agar terus gemilang, Dididik diasuh tiap masa, Diajarkan ilmu yang berguna, Mengenal Allah dan Rasul, Menyemai, menyubur iman di dada, Dilayur segala kekerasan, Dilentur dengan kelembutan, Dititip seuntai madah, Hidupmu mula dan berakhir, Menyusur fitrah dan sunnah, Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan, Melihat dirimu kian membesar dewasa, Di dalam sejahtera, Usah terpesona pujukan dunia, Yang hanya menyilau pandangan, Memukau dengan keindahannya, Nasihat ayah bonda, Agar engkau lebih bersedia, Untuk menghadapinya, Bersemi kelopak kasih sayang, Di persada cinta yang sejati, Titisan susu ibunda, Menyegarkan menghapuskan dahaga, Renjisan keringat dari ayahanda, Menyubur pohon kehidupan, Tuaian sebidang tabah, Buatmu doa dan harapan, Jadilah insan yang mulia, Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya, Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi, Redahi pancaroba, Andai langkahmu tersasar kesimpangan, Pulanglah ke laman ayah bonda, Kembali menghuni di tamannya, Bersamalah semula, Menghirup embunan kasih sayang, Sedingin airmata bonda, Engkaulah permata ayah bonda....