Thursday, January 22, 2009
Posted by Liyana Zainol at 12:11 PM 0 comments
Monday, January 19, 2009
BERJALAN-JALAN KE ZOO
Jom berjalan-jalan ke zoo...
Adik-adik pernah tak lihat haiwan-haiwan dalam gambar di bawah?
Mari kita eja nama haiwan-haiwan tersebut...
T t
Tapir
S s
Singa
I i
Itik
G g
Gajah
R r
Rusa
Posted by Liyana Zainol at 1:49 PM 0 comments
Sunday, January 18, 2009
MONOLOG CANTIK DENGAN IBU:Buat Puteriku Sayang
AKU: Anehkah cantik yang ingin ku miliki?Biarlah tak punya muka sebujur sirih,
pipi juga bukan pauh dilayang, dagu bukan lebah tergantung,
hidung pun tak mancung bagaikan seludang, mata tidak mengerdip bagaikan bintang timur,
bibir juga tidak seperti delima merekah, kening juga tidak seumpama semut beratur,
rambut pun tidak mayang mengurai, jari-jemari tidak seperti buluh diraur,
kulit juga tak semulus kulit telur dikupas dan betis pun tak seperti si padi yang bunting…
IBU: Alhamdulillah anakku, akhirnya kau tahu apa yang kamu mahu. Kerana sanggup menepuk iman di dada untuk bertanya kemahuan selera.
Tidak rugi jika bukan itu yang kau mahu. Kerana kehidupan ini adalah jalinan murni kecantikan yang hakiki. Yang indah itu amalan agamamu dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi. Serikan wajahmu dengan siraman air sembahyang lima waktu dalam munajat yang tak kunjung henti. Hiruplah nafas kehidupanmu dalam pancaran hidung kurniaan Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi.
Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam kerana itulah sedekah paling utama, pancarkan sinar indah dari kedua matamu betapa agungnya alam ciptaan Ilahi sambil menjengah besarnya kurniaan ini buatmu…
Kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi. Sebarkan pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir sambil menyampaikan yang indah dan elok untuk dicerna fikiran zuriatmu.
Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu bukan untuk dipertontonkan di khalayak ramai kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk kaum Hawa.
Mengertilah wahai puteriku sayang,
Menghurai cantik yang hakiki tidak semudah menghurai simpulan tali
Kerana ia bermula dari untaian cinta dan takwa kepada penciptamu Yang Maha Mengerti!
Posted by Liyana Zainol at 2:39 PM 0 comments
Wednesday, January 14, 2009
Mewangi kuntuman bahagia, Di halaman ayah serta bonda, Menatang selaut cahaya, Melerai resah dan gundah di jiwa, Segunung impian dicita, Selangit harapan di damba, Dibelai dimanja mesra, Kaulah racun kau penawar, Senyuman dan tangisanmu, Pengubat duka dan lara
Posted by Liyana Zainol at 8:36 AM 0 comments
Tuesday, January 13, 2009
KANAK-KANAK DAN HOBI
Memang sesuatu yang amat malang apabila kanak-kanak tidak mempunyai keinginan atau hobi. Situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa kita ketika di usia begitu. Hal ini kerana, waktu itu televisyen atau komputer belum begitu berleluasa digunakan. Majoriti kanak-kanak pada masa itu mempunyai hobinya tersendiri seperti bermain anak patung, mengumpul kad, bermain basikal dan lain-lain lagi.
Mereka bukan bermain kosong tetapi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak ini menjadikan mereka berdikari dan kreatif. Sebagai contohnya, jika mereka bermain basikal, mereka akan berusaha memperbaikinya sendiri jika basikal itu rosak atau rantai basikal tersebut tercabut. Begitu juga jika bermain anak patung, mereka akan berusaha untuk menjahit sendiri pakaian anak patung tersebut, menyediakan susu dan menukar lampin .
Mempunyai hobi merupakan sesuatu yang baik terutamanya bagi kanak-kanak. Disebabkan itu, dengan adanya hobi, ia merupakan suatu ekspresi seseorang daripada dirinya sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut membentuk rasa percaya pada diri sendiri.
Dari sudut lain, hobi juga merupakan alat pembelajaran secara tidak langsung. Contohnya, kanak-kanak itu sangat suka mengkaji dan memerhatikan fenomena yang berlaku disekelilingnya seperti pertumbuhan biji benih atau proses bunga yang sedang berkembang. Daripada hobinya yang suka melakukan pemerhatian, kanak-kanak mungkin akan belajar sesuatu yang baru dan tidak mustahil ia akan memilih kerjaya yang berkaitan apabila dewasa kelak. Contohnya seperti SAINTIS, JURUTERA, JURUTERBANG.…siapa tahu?
Pendek kata hobi sangat penting untuk masa depan dan juga karier kanak-kanak di masa akan datang. Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah suci, maka ibubapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” Berikut merupakan beberapa cara yang boleh diambil oleh ibu bapa serta guru prasekolah untuk mengembang dan memupuk hobi kanak-kanak:
- Beri contoh yang baik
Berdasarkan pengalaman, biasanya kanak-kanak cenderung mempunyai hobi kerana melihat kebiasaan yang dilakukan oleh individu yang terdekat dengannya seperti ibu bapa atau gurunya. Contohnya jika hobi ibu dan ayahnya membaca, kanak-kanak tersebut juga akan gemar membaca. “Bapa borek, anak rintik,” merupakan pepatah yang sesuai untuk menyatakan situasi ini. - Sediakan ruang
Kanak-kanak memerlukan ruang untuk melaksanakan hobinya. Ibu bapa atau guru prasekolah perlu menyediakan ruang yang sesuai samada di rumah atau di prasekolah. - Ibu bapa dan guru sebagai penasihat
Kanak-kanak tidak tahu samada hobinya menjurus kearah yang positif atau negatif. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa memantau dan memberikan nasihat serta cadangan tetapi bukan anda yang menentukannya. - Luangkan masa untuk membantu
Sifat semulajadi kanak-kanak, mereka akan mudah bosan dan kecewa jika gagal untuk melaksanakan sesuatu kerja. Jadi, sebagai guru dan ibu bapa bantulah mereka. Keadaan ini akan membuatkan mereka merasa ada yang memberikan sokongan, perhatian dan tidak bersendirian. Perhatian yang anda berikan ini akan menguatkan lagi semangatnya untuk terus memberi fokus kepada hobinya.
Posted by Liyana Zainol at 1:56 AM 0 comments